Khamis
Rabu
Ahad
Bertukar
Tahun 2009, akan bermula satu lagi episod baru. Saya akan bertukar ke Sarawak. Akhirnya dapat bersama suami tercinta. Buat teman-teman di SKTP, terima kasih di atas segala yang kita lalui bersama. Semoga kita terus dapat berhubungan melalui kecanggihan ICT yang semakin berkembang.Ampun dan maaf sekiranya ada sebarang kesilapan, dan tersalah kata dan perbuatan sepanjang kita bersama. Semoga SKTP akan terus maju dan ceria.
Khamis
Rakan setugas
Bergambar kenangan petang 6 Syawal bersama rakan setugas di perkarangan sekolah SK Telok Pulai. Berdiri dari kiri; Cikgu Radziah, Cikgu Sazila, Cikgu Malina, Ustazah Aziah, dan Cikgu Salmiah. Duduk dari kiri; Cikgu Huda, Cikgu Anisah dan Cikgu Aini Hasliza. Semuanya masih berada dalam mood Hari Raya....
Jumaat
Salam Lebaran
Di kesempatan ini, ingin sekali saya mengucapkan SELMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua yang mengenali saya dan yang masih mengenali saya...mohon ampun dan maaf segala kesilapan sama ada yang sengaja atau tidak sengaja. Semoga semuanya berbahagia di hari yang mulia. Kepada yang memandu pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah semasa dalam perjalanan kalian. Salam lebaran.
Bersama suami tercinta
Khamis
Hai...
Assalamualaikum.....semoga kita dapat menjalinkan semula hubungan yang telah lama terputus. Saya Noor Sazila Md Desa dari unit MTPM 96/99. Telah berkeluarga dan menetap di Klang (buat masa sekarang la......) maklumlah suamiku seorang tentera. Telah mempunyai sepasang cahaya mata . Kepada rakan-rakan yang ingin menghubungi saya bolehlah email kepada saya di rosyadina@yahoo.com .Keep in touch yaaa.
Langgan:
Catatan (Atom)